Kerjaya lakonan Eira Syazira

Beliau memulakan kerjaya lakonan pada tahun 2004 dan sehingga kini telah berlakon dalam beberapa telefilem, drama dan filem pada tahun sama, beliau telah diberi peranan utama dalam siri drama Assignment dan seterusnya muncul dalam Meniti Bara yang diadaptasi daripada filem Bara arahan Datuk Yusof Haslam, kedua-dua siri ini disiarkan di TV2, Eira membintangi filem sulungnya, Bisikan Remaja arahan Zulkifli M. Osman (adik Aziz M. Osman), filem ini ditayangkan pada Februari 2004, seterusnya beliau beraksi dalam teater Lorong 2/90 yang dipentaskan di Melaka. Pada 2005-07, beliau muncul sebagai pelakon undangan untuk beberapa episod siri drama kepolisan Gerak Khas, pada 2007 juga Eira membintangi pementasan teater Bangsawan Lela Manja yang dipentaskan di Istana Budaya.

Pada 2008, beliau membintangi sebagai pelakon undangan dalam siri drama Elly yang disiarkan di ntv7 lakonan Raja Farah, Sherry Ibrahim, Pushpa Narayan dan Nabila Huda. Pada tahun berikutnya, beliau memegang watak utama sebagai seorang gadis naif bernama Annisa dalam siri drama Ku Milikmu arahan Along Kamaludin, lakonan bersama Zizan Nin dan Farahdhiya dan seterusnya memegang watak utama sebagai Balqis dalam drama Cinta Balqis yang juga disiarkan di TV3, ia turut dibintangi oleh Zamarul Hisham sebagai Ezani dan Fezrul Khan sebagai Hasan.

Pada 25 November 2010, beliau memegang watak sampingan dalam filem Ngangkung arahan Ismail Bob Hasim lakonan bakal suaminya ketika itu, Azad Jazmin, Shaheizy Sam dan Angah Raja Lawak. Eira berlakon dalam dua filem pada 2011, iaitu filem Sini Ada Hantu arahan James Lee, dalam filem ini, beliau memegang watak sebagai Noraini. Manakala filem keduanya pada tahun yang sama ialah filem Aku Bukan Tomboy arahan Syamsul Yusof lakonan Scha Al-Yahya, dalam filem ini, Eira memegang watak sebagai Sally, teman wanita dan setiausaha kepada Burn lakonan Syamsul, Sally digambarkan sebagai seorang yang garang dan panas baran kepada Burn, filem yang ditayangkan pada 17 November 2011 ini turut dibintangi oleh Syamsul, Shaheizy Sam, Harun Salim Bachik, Sheera Iskandar, Salina Saibi, AR Badul dan Didie Alias.[9] Pada tahun yang sama, Eira memegang watak utama sebagai Jannah dalam siri drama Dingin Lavenda yang diadaptasi daripada novel Dingin Salju Indiana, drama 13 episod arahan Amie Maziah ini turut dibintangi oleh Zarina Zainoordin, Azlee Khairi, Faralyna Idris dan Salleh Mahfooz, drama ini disiarkan di Slot Zehra TV3 pada 9 Disember.[10]

Pada tahun berikutnya (2012), beliau membintangi telefilem Waris Walid yang disiarkan di TV3 pada 24 Januari. Pada tahun sama, Eira diberikan peranan utama sebagai Hanim dalam siri drama Ramadan terbitan Unit Drama TV RTM yang bertajuk Tetap Maghrib yang bersiaran di TV1 bermula 21 Julai 2012,[11] dua hari selepas Eira meraikan ulangtahunnya ke-28.

Rujukan

WikiPedia: Eira Syazira http://www.budiey.com/eira-syazira-insaf-dalam-dra... http://www.budiey.com/eira-syazira-muncul-dengan-a... http://www.budiey.com/filem-aku-bukan-tomboy-selon... http://www.imdb.com/name/nm4153695/ http://www.kosmo.com.my/kosmo/content.asp?y=2012&d... http://www.mstar.com.my/hiburan/berita-hiburan/201... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/eira-syazira... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/eira-syazira... http://www.sinarharian.com.my/hiburan/eira-syazira... http://ww1.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2007&dt...